Kesan Pembuangan Bahan Buangan yang Tidak Terancang
Pencemaran alam sekitar akibat pembuangan bahan buangan boleh dibahagi kepada :-
a) pencemaran air - bahan buangan dibuang ke dalam sungai, tasik, kolam dan laut.
b) pencemaran udara - bahan buangan seperti asap, debu dan gas berasid dilepaskan ke atmosfera.
Pencemaran air.
Air yang tercemar menjadi kotor, berkuman dan beracun. Pencemaran air disebabkan oleh :
i. pembuangan sampah-sarap, tin kosong, botol kosong, tayar lama, plastik dan kertas ke
dalam sungai.
ii. pembuangan sisa-sisa kilang dan bahan-bahan kimia ke dalam sungai, laut dan tasik.
iii. tumpahan minyak dari kapal minyak ke dalam laut atau sungai.
Kesan buruk pencemaran air :-
1. Penyebaran wabak penyakit taun terutamanya melalui air tercemar.
2. Hidupan akuatik seperti ikan,ketam, sotong dan tumbuhan air berkurangan.
3. Masalah kekurangan bekalan air untuk kegunaan seharian. Manusia dan haiwan tidak boleh
meminum air yang tercemar kerana membawa penyakit.
4. Pencemaran air juga membawa bau yang busuk di kawasan sekitar.
Pencemaran udara.
Apabila udara mengandungi bahan-bahan asing yang tidak diperlukan oleh benda-benda hidup maka dikatakan udara itu tercemar. Udara tercemar adalah kotor dan beracun. Bahan-bahan asing ini dipanggil bahan pencemaran. Bahan-bahan pencemar di udara adalah seperti asap, jelaga, debu, gas-gas seperti hidrogen sulfida, karbon monoksida dan sulfur dioksida.
Pencemaran udara disebabkan oleh :-
a) pembuangan asap, karbon monoksida, hidrokarbon dan plumbum oleh kenderaan.
b) pembuangan asap,jelaga dan gas beracun yang dibebaskan oleh kilang-kilang. Apabila
arang batu dan minyak dibakar, gas-gas beracun seperti sulfur dioksida dan karbon
dioksida dihasilkan.
c) pembakaran sampah-sarap membebaskan asap, jelaga, habuk dan gas-gas beracun ke
udara. Semasa pembakaran sampah-sarap, kandungan karbon dioksida meningkat.
d) asap rokok yang mengandungi bahan beracun seperti nikotina dan tar tembakau juga
mencemarkan udara. Bahan-bahan ini berbahaya kepada kesihatan perokok dan jiga
kepada kesihatan orang yang berada di sekeliling perokok.
e) penggunaan racun serangga perosak secara berleluasa tanpa kawalan juga mencemarkan
udara. Manusia dan haiwan-haiwan lain selain haiwan perosak turut menjadi mangsa.
Kesan-kesan pencemaran udara:-
1. Gangguan kesihatan.
Pencemaran udara boleh mengganggu kesihatan manusia. Kita akan merasa sesak nafas dan letih jika kita tersedut udara yang tercemar.
2. Gangguan sumber makanan.
Debu dan asap akan menutupi permukaan daun dan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke daun. Oleh itu, tumbuhan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. Tumbuhan itu akan mati kerana tidak dapat membuat makanan mengakibatkan gangguan rantai makanan manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan yang bergantung pada tumbuhan sebagai sumber makanan turut akan mati.
3. Hujan asid.
Air hujan akan melarut gas-gas seperti nitrogen oksida dan sulfur dioksida di udara membentuk sejenis larutan berasid. Air hujan ini akan turun ke bumi dipanggil hujan asid. Hujan asid mengkakis harta benda seperti bangunan secara perlahan-lahan. Hujan asid juga akan mencemari sungai-sungai dan tasik-tasik.
4. Hakisan lapisan ozon.
Di bahagian atas atmosfera terdapat satu lapisan yang dipanggil lapisan ozon. Lapisan ozon ini penting kerana melindungi bumi daripada sinaran ultra-ungu matahari. Pencemaran udara daripada bahan kimia klorofluorokarbon (CFC) adalah punca utama penipisan lapisan ozon. Klorofluorokarbon (CFC) digunakan untuk membuat alat penyaman udara, alat penyembur aerosol dan juga untuk menyejukkan peti sejuk.
5. Peningkatan suhu dunia.
Jika manusia membakar bahan api tanpa sebarang kawalan, suhu dunia akan meningkat. Pembakaran akan menambahkan kandungan karbon dioksida di dalam udara dan menjadikan Bumi lebih panas.
Kredit: noranidamohdharith . blogspot . com

07 Dec 2022